Loving my life
Raya saya!
Tuesday, September 27, 2011 @ 7:52 PM | 0 notes

Raya esok dah nak habis but aku baru nak cerita pasal raya aku tahun ni Hahaha. Tahun ni takde ape pun, sebab kitaorang tak balik terengganu. Setakat balik "kampung" kajang doesn't means anything. Ecehhh Dah sudah aku nak bagi korang tengok gambar je pun, tak yah nak kecoh sangat lah. Gileeee!

 Cucu-cucu semua dok mengahadap kuih raya

 Orang tua pun tidak ketinggalan :)

 When everyone busy nak raya, my papa busy dengan phone. Cameraman pun perasan.

 This is the family member yang ada on that day ( cr: bibik)

The crazy girl masa raya


Don't be too shock
Friday, September 23, 2011 @ 8:44 PM | 0 notes

Don't be too shock when you see me like this :

1. Fashionable 



2. Hot picture

3. Doctor

4. Friend with them :)


5. SOOO Friendly


Semua ni kemungkinan akan berlaku so don't be too shock :) I think all gonna be true except for number 4, Impossible right? HAHAHAHAHA 


i wanna change
@ 8:22 PM | 0 notes

Yeah! me here again, so hi :) Today nak cakap yang seriously aku nak berubah! Walaupun tidak pernah diperlekehkan depan-depan. Tapi aku sendiri tau yang aku ni selekeh *agak* , pemalu *sangat*, penakut *banyak* . So itu semua aku, korang suka? kurang? takpe that's why laa aku nak berubah. Not only that but also with my lesson, me going to study hard so very hard! Get what I mean?

But for this mean time belum lagi laa, i'll just change only when i'm no longer a student ( i mean school ) sebab dia sekarang ni takde masa nak jadi budak hott, kalau jadi ,tak belajar la aku HAHAHAHA aku harap spirit aku yang sangat terlampau sekarang ni dapat bertahan sehingga aku dapat mencapai :)




semangat tak aku? heeeeeeeeeee



UNBROKEN
Wednesday, September 21, 2011 @ 3:20 PM | 0 notes

DEMI LOVATO , I LOVE YOU GIRL

Arghhh excited!! dah lama sangat aku tunggu demi keluarkan album baru. After dapat tahu dia nak keluarkan album UNBROKEN 20/9/2011. Excited gila!!! dari bulan berapa aku tunggu, letih menunggu akhirnya keluar jugak semalam. Seriously! Amazing gila!! Lagu semua macam arghh tak ley cete best sangat! Tapi yang paling aku suka is this :)



Who's the real me?
Thursday, September 15, 2011 @ 5:30 PM | 0 notes

Sebagai permulaan cerita, aku ucapkan selamat hari malaysia! Hahaha 


Yeah, sebagai mana yang anda semua tidak tahu nama sebenar saya ialah ANIS NADHIRAH BT MOHD SHARUDDIN  dan saya bakal berumur 16 tahun pada 26 October 2011 ye, betul tu birthday saya sangat special pada tahun ini kerana bersamaan dengan Hari Deepavali. Aku sangat bangga kerana semua bangsa india juga menyambut birthday aku kat batu cave. Okay, sudah menyimpang nampaknya cerita ini.

Back to the title, WHO'S THE REAL ME? to those people who know about me or maybe know my name, thank you so much :) sebab kenal aku *bangga* . Aku rasa mesti korang rasa aku baik kan! Korang mesti tak pernah  nampak aku marah apatah lagi mengamuk kan! Ye! benda alah ni lah yang aku nak explain kat kalian-kalian semua. 


Maybe bagi korang aku sangat baik sebab tak pernah nampak aku marah orang  malahan aku sendiri selalu dibuli. Kepada sesiapa yang rasa aku macam tu jangan sesedap kau je nak pijak kepala aku eh. Sebenarnya, aku ni seorang yang baran. Nape tak percaya? takpe kalau korang cukup rajin pergi lah tanya family aku, i bet dorang mesti cakap aku ni anak paling garang dalam family. Even nenek aku yang baran pun malas nak mintak tolong kat aku sebab aku baran. 


Kalau lah kalau lah kan , aku tetibe tak tahan dengan budak-budak memang yang aku dah lama pendam baran aku kat dorang. Aku rasa mesti takde sorang pun yang nak kawan aku lagi. Sesekali nak jugak lah try marah kawan yang suka mintak tolong aku, paksa aku, but bila aku mintak tolong yang paling senang nak buat pun, ada korang nak buat? Takde kan!!! Kalau aku tak tolong 'takpe kau' merajuk . Aku pun punya lah baik hati pergi lah mintak maaf kat korang bukan sekali tau! mau sepuluh kali aku pujuk mintak maaf. Aku merajuk, marah aku, kau ada tau? Aku sebenarnya cepat sangat terasa hati but simpan.


Sebenarnya maksud nama aku ialah teman setia, so aku memang lah akan kecik hati bila korang buat aku macam tu. Nak marah pun sebab korang kawan aku kan. So korang, janganlah nak buat macam taik kat aku kang tak pasal-pasal aku meletup kat sekolah. Lagi satu aku  nak bagi tau yang aku memang pemalu. Korang yang selalu kikihkih kat aku ingat aku tak tau ke? Aku sabar weh! Banyak sangat mendapan dalam dada aku nih tunggu nak keluar je. Maklumlah dari umur aku 7tahun sampai lah 16 tahun aku mendap dia still tak nak meletup. Dia pilih nak meletup kat family aku je. 


Don't think  it is a joke! Cause this is the real me! Semua orang yang aku kenal there's must be something yang aku tak puas hati kat korang, even korang tak kenal aku. To my best friend korang je yang paling sikit buat mendapan. Yelah! mestilah ada kan even pun sikit kan. HAHAHAHAHAHA sorry semua :)


Happy Birthday & Saengil_chukahae !
@ 4:15 PM | 0 notes

13 september

Selamat :)13 SEPTEMBER is my best friend birthday but yeah macam biasa aku ni tak kreatif or suka pergi merayap HAHAHA actually aku nak beli hadiah untuk dia but aku tak pergi jalan mana. Hadiah zeeya pun aku tak beli lagi. Dan disebabkan zeeya punya brilliant idea aku pun macam okay takde lah aku just wish untuk dia kan. Kat bawah ni aku punye speech, biasalah aku suka meraban.

video

Yang ni pulak, hasil video yang dibuat oleh zeeya. Nurul Izzati bt Isnin HAPPY BIRTHDAY!! 
video


My family is my everything
Sunday, September 11, 2011 @ 10:45 AM | 0 notes

The happiest moment of my life have been the few which i have passed at home in the bosom of my family :)


Sebagai mana quotes di atas anda semua dapat tahu betapa cinta nya aku kepada my family heeee. Sape la tak sayang family memang aku nak cakap ngek ahh kat korang. and sape tak sayang family dia sebab ada hal yang memudaratkan diri sendiri , okay aku tarik balik. Sebenarnya aku nak cerita family aku je hahaha tapi family aku masa , kakak and aku je yang baru lahir, sebab yang lain aku tak jumpa cari gamba lagi. 



Ini aku punya abah, korang semua boleh tahu yang abah aku ni suka jalan-jalan kalau tengok gambar kan! hahahaha aku pelik doh tengok abah aku ni, tengok gambar macam dia lah paling tinggi among the others kan. but sekarang ni aku tengok takde lah tinggi sangat aku pun boleh capai tau :P  



She's my only sister! hahaha gambar kanan tu agak comel laa , sekarang ni tak comel langsung! sorry kak ^^ sekarang ni dia dah masuk university dah. Kak , aku tak sangka kau dah masuk u sebab kau terlalu kecik untuk bergelar mahasiswi :P




Ketika kami masih berdua bermain bersama ,ke sini dan ke sana sentiasa bersama hahaha jeles tengok kakak ni doh, everytime birthday dia mesti nak buat party yang macam tu, sekarang dah besar tak lah kan. Pastu duduk selogok bukak hadiah , untunglah jadi anak sulung kan hahahaha

ehhh!! cee korang tengok style mak aku, perasan tak yang style tu berulang kembali! beg pun sama kan. Aku tak berani pakai macam tu, tak sangka mak style gak en hehehehe jap! yang baju merah tu bukan aku tau, that's my abang saudara yang baju putih tu kakak aku.


Dah sudah post aku, nanti aku post gambar untuk 3 orang adik aku lagi ye! (ohhh ada lagi 3 adik rupenye hahahaha)

U-Kiss Neverland is the BEST EVER!
Saturday, September 10, 2011 @ 10:43 AM | 0 notes

Aku dapat merasakan yang seakan aku berada di dalam neverland bersama u-kiss semasa mendengar semua lagu dalam album Neverland HAAHA ecehh ayat nak lebih je doh. Tak sebenarnya aku bangga dengan aku punya pakwe-pakwe ni sebab dorang terlalu HOT! sampai terpegun aku nengoknye. For my opinion, this album  is the best best best best ever! When, aku tengok dorang dalam mnet countdown aku macam ' OHHHH YEH, THAT'S MY BOY!!' Please la menang, korang dah debut 3 tahun but still tak menang lagi, sedih aku tau hukhuk :(  I found this, i hope dia boleh bertahan sampai dorang menang.




Mnet countdown comeback!


Music bank comeback!


SUPERKISSFINITE MOMENT!


The ones I hate and jealous :)
Friday, September 9, 2011 @ 5:02 PM | 0 notes

Okay, aku tau aku tak ramai kawan sebab utama aku tak ramai kawan adalah aku pemalu. Aku memang tak ramai kawan lelaki dan almost takde pun itu semua sebab aku tak pandai ayat and rasa awkward gile! Nak cete kawan perempuan pulak, kalau ikutkan boleh la untuk hidup kan. But, aku setakat tegur hai je even budak kelas aku pun aku awkward except for afiqah. Contohla kan, aku pergi lawan badminton hari tu and aku seriously takde kawan, memang masa tu aku akan  tegur orang yang masuk tu jugak, tak kesah la pasal sifat malu aku tu. Memang aku tak layak la nak cete kan, but takpe aku cete jugak.


Hates

1. Perempuan yang bajet cantik walaupun dia tahu dia cantik 

2. Orang yang baik but after ada orang cari gaduh dengan dia, terus nak tunjuk hero taik

3. Orang yang suka jalan seorang diri dan bagiku dia seakan orang gila/mabuk

4. Orang yang bajet dia popular, padahal aku tak kenal pun

5. Budak tak smart tapi bajet smart



Jealous

1. Perempuan yang seriously cantik but tak bajet langsung

2. Perempuan yang tinggi dari aku yang normal.

3. Orang yang results bagus dari aku yang tak seberapa.

4. Orang suara sedap dari aku *itu yg penting*

5. Orang yang style but tak over


6. Muka clean nak mati




Rahsia bulan kelahiran
Tuesday, September 6, 2011 @ 6:57 PM | 0 notes

Halo halo halo, hmm sekolah so far so good, but the worst day akan datang bebila masa saja. Okay, forget about it sekarang ni aku nak korang kenal pasal aku. Who's the real me? are you curious? i bet you're not right! Apa2 jela yang penting aku nak bagi tahu, dah alang-alang aku jumpa benda alah ni. Okay, aku lahir pada tarikh 26.10.1995 ingat ye kawan-kawan. So means aku lahir pada bulan October. so here's some about my personality, i hope youall will understand me better! hikhihik




Raya is over, School on the way
Sunday, September 4, 2011 @ 7:44 PM | 0 notes

 Fuhhh, raya tahun ni biasa-biasa je, tiada yang istimewa except for raya dengan muhamad yusuf aqil :) but he still small. Hari ni baru raya yang ke-enam so means raya masih tinggal 24 hari lagi. Tapi bagi aku sebagai seorang pelajar bagiku RAYA IS OVER! esok sekolah dah start balik and exam akhir tahun tinggal lagi sebulan lebih sikit. Haiiii, belajar physic baru masuk chapter 3 bayangkan berapa banyak lagi chapter yang belum sentuh! Okay la, aku takde mood nak tulis cerita raya sekarang. Post pasal raya aku akan sambung nanti, gambar raya yang awesome pun belum amik lagi dari camera mahal someone nih *hikhik* So wait for the next post okay! Night, selamat kembali ke sekolah! ingat ye pelajar sekalian raya bagi kita dah habis *itu semua otak aku lah* HAHAHA

p/s : doodle dengan quote tak masuk akal tu aku yang buat *dari hujung rambut ke hujung kaki* all done by me :)